AKU DAN AZMI -1984-1986
Sahabat baik aku di sekolah SKBB ialah AZMI BIN KHAMIS .Kami berdua miskin dan SEKEPALA.
Dia selalu datang ke rumahku dan aku pun selalu ke rumahnya.
Kami mencari biji getah kahwin,mandi tali air sawah ,mencari labah-labah hitam,mencari mainan di kawasan sampah ,malah bermain mercun buloh.
Azmi membantu datok dan neneknya menoreh getah,menjaga kambing,menanam sayuran DLL.
Kami rapat sebab tergolong dalam golongan miskin dan mendapat bantuan dari pihak sekolah dan dermawan sejak DARJAH 1 hingga DARJAH 6.
Namun kami terpisah puluhan tahun .....Semoga Tuhan temukan kami kembali ...
Menyambung SILATURRAHIM yang sekian lama terputus ...
Comments
Post a Comment