CIKGU ISMAIL BIN LAHAM
“Kamu semua tak malu dengan SAAT? Dia anak yatim piatu,pakai baju seluar koyak bertampal,datang sekolah jalan kaki tapi pandai !Saya tengok dia sejak Darjah 4 ,tak pernah gagal dalam pelajaran dan Sejarah sentiasa dapat A !” CIKGU ISMAIL BIN LAHAM,1986 DI SKBB MASJID TANAH MELAKA .

Cikgu Ismail Laham dijemput memberikan sumbangan pakaian raya,duit raya oleh syarikat SS DOT COM pada tahun 2011 di SKBB Masjid Tanah ,Melaka .
Beliau adalah bekas guru SKBB dari tahun 1981 hingga 1989 dan beliau mengajar mata pelajaran SEJARAH di SKBB.Usia kini 69 tahun.

SAJAK BUAT CIKGU : INDAHNYA KENANGAN HIDUP INI………
“Aku melihat sawah nan terbentang
Di pagi hari yang sepi….
Kelihatan anak-anak tani membanting tulang
Di sawah nan permai….
Tika aku kecil
Aku selalu mengayuh basikalku
Meronda kampung
Melihat manusia….
Aku x faham apa yang mereka lakukan
Namun aku seronok melihatnya….
Dari Londang ke Pengkalan Balak
Melihat alunan pantai
Nelayan di tengah lautan
Mencari sesuap rezeki
Kadangkala aku memanjat pokok tepian pantai
Untuk memakan buah
Warna ungu,pelat2…
Aku pun ingat-ingat lupa apa namanya….
Tak silap aku BUAH DAKWAT …
Masih aku ingat
Basikal BMX warna kuningku
Ke sana sini melihat ciptaan Allah….
Namun kini,basikalku entah di mana………….
Masih ingat
Tali air kampung Londang….

Aku bersama kawan-kawan
Mansor,Jumaat dan lain-lain
Terjun dan mandi manda….
Kini sawah sudah hilang
Berganti kelapa sawit nan rimbun….
Ada yang terbiar
Zaman berubah
Manusia berubah
Ramai teman sekolahku
Kini telah hilang entah di mana…..
“Hadiah no 2….Saat patah!”
Itulah kata-kata dari Cikgu Ismail Laham
Guru sekolahku di Bukit Beringin….
“Maaf….hadiah no 2…Saat Sulaiman…”sambungnya
Aku pun bangun
Mengambil hadiah dan bersalam dengan Guru Besar Cikgu Azizah…
Kenangan 1986 ini masih menggamit perasaan…………..
Aku tidak pernah marah
Atau kecewa
Kerna Cikgu Ismail
Menggelarku ‘Saat patah’….
Kerna Cikgu adalah GURU DAN AYAHKU
Aku masih ingat
Tahun 1982
Aku terjatuh di sekolah
Dan Cikgu Ismail Laham
Membawaku ke hospital
Menaiki kereta Toyota buruknya
Akhirnya 6 bulan aku x bersekolah…………….
Tangan kiriku bersadung………….
Kampung Londang amat nostalgia….
Ramai kawanku di sini…
Aku membesar bersama sawah
Pokok getah
Masih ku ingat
Bersama Azmi
Meronda kebun getah
Mencari getah kahwin
Hingga birat digigit nyamuk….
Kini Azmi entah di mana…………….
Terima kasih Cikgu,mendidikku menjadi INSAN BERGUNA …………..
Doaku buatmu senantiasa…
Moga kita bertemu di Syurga..amin.”

ZIARAH CIKGU SYAWAL 2019

Comments
Post a Comment