CIKGU KAMARUDIN - MATEMATIK - 1986


Inilah guru yang aku amat gerun.

Amat GARANG mengalahkan HARIMAU .

Masuk ke kelas seperti singa kelaparan.

Antara hukuman murid yang tidak bawa BUKU,tidak siap kerja rumah,menjawab salah ialah :

1.BERDIRI DALAM KELAS HINGGA HABIS WAKTU.

2.CUBIT DI DADA  ( Murid Lelaki sahaja ) 

3.KETUK  KETAMPI  ( Semua ) 

4.BUMPING ( Murid Lelaki sahaja ) 

5.LEMPANG DENGAN BUKU ( Semua ) 

Aku yang lemah Math sudah lali dengan hukuman tersebut .....

Birat cubit di dada kadangkala dua hari hahahahaaaaaaaa....

Walaupun garang dan suka menghukum ,aku cemerlang dalam sukan sebab guru inilah .......

Lantaran lemah Math dari sekolah rendah hinggalah menengah,aku GAGAL mencapai cita-cita dalam bidang KEJURUTERAAN ELEKTRONIK ....

CIKGU KAMARUDIN DIKHABARKAN MASIH HIDUP DAN SIHAT WALAFIAT 





Comments

Popular Posts