KAK JAMILAH : 1984-1986


Aku selalu ke rumah IBRAHIM MD ISA  ketika DARJAH,4,5,6 

untuk belajar bersama-sama dan diajar oleh kakaknya bernama JAMILAH .

Bukan sahaja tuisyen percuma ,malah disediakan makan minum petang lagi ...

Beberapa tahun lepas aku mengambil Ibrahim di depan Tabung Haji Masjid Tanah dan membawanya ke rumah lama IBRAHIM  di KL ( Kampung Londang ) dan aku mengimbas kenangan zaman kanak-kanak.

Di situlah aku dan Ibrahim belajar bersama-sama ....

Mataku bergenang merindu KAK JAMILAH sebab kami TIDAK PERNAH BERTEMU sejak terpisah pada 80 an  .............................


Seorang yang PERAMAH,LEMAH LEMBUT dan PENYAYANG  namun SERIUS ketika mengajar.

"Saat...jangan sedih jadi anak yatim piatu.Ada hikmahnya.Mungkin Saat akan berjaya cemerlang dalam pelajaran dan kak sentiasa doakan Saat berjaya.Belajarlah rajin-rajin ...".

- KAK JAMILAH MD ISA -1985 




IBRAHIM MD ISA - 1984 







Comments

Popular Posts