SEJARAH / HISTORY
Pada tahun 1917 sekolah ini dibuka secara bergotong-royong di batu 19 ¼ Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka. Pada tahun 1918 ia berpindah ke Simpang Tiga di balai bomba ketika itu oleh kerajaan. Bangunan ini ialah bekas balai polis yang ada pada masa itu yang dipanggil Rumah Pasung. Nama sekolah itu ialah Bukit Beringin Vernecular School. Bentuk bangunan Bukit Beringin Vernecular School ini ialah empat segi; satu tingkat, bertiangkan batu dan dindingnya papan. Belakang bangunan ini berbukit dan di atas bukit ini hidup sebatang pokok yang dikenali sebagai Pokok Beringin. Nama sekolah ini diambil sempena nama pokok tersebut. Guru Besar yang mula-mula bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Omar Bin Ladin. Guru penolongnya dua orang sahaja dan keramaian muridnya ialah 80 orang, terdiri daripada murid lelaki sahaja. Darjah yang tertinggi ialah darjah 3. Apabila keramaian muridnya bertambah, sekolah baru dibuka 0.5 km dari tapak lama, iaitu pada tahun 1942. Pada tahun 1945, na...